"Jika anda menumpukan kepada hasil, anda tidak akan sekali mengubah. Jika anda menumpukan perubahan, anda akan mendapat hasil."

Khamis, 14 Januari 2010

Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon

***Assalamualaikum...artikel ni adalah dari email forwad dari member aku...aku tak tau lah btul ke tak..tapi cubalah kite renung2 pengalaman nie ye...renung2kn dan selamat beramal......




Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di
Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect,
dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini...
(orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)


Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan
implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu
sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya


Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program..
Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat
berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha
Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati,
Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus
Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah!
ceramah Kristian rupanya..


Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada
slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga
ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati
Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti
tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi
aku.. wakakaka...


Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke
daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke
kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah
(dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan
agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni,
siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja
Kristian rupenye..


Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu
pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi
tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah"
bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje
ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible..
tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..


risau gak klu jadi camni kat mesia




di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan
"rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia
mengamalkan demokrasi-sekular

Selasa, 12 Januari 2010

cerpeng org ganu kiter......


cerpeng org ganu kiter..


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil.
Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr
hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki
kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”


Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil.
Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh
kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P.
Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe
ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok
Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok
tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air
kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru
beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto
vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.


Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke
depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng
dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada
lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi
sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap
Hyundaa dengang Kia.


Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar
baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang.
Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki
sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk
ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang.
Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar.
Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar
jauh skali.. Nye mari debö wèh.


Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap
Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah
uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni,
I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk
finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi
lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill
ok?”


Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die
pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.


Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata
tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?”
löyar tu tanye Mamat.


Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak
salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang
Mamat tebèng jugök jawak.


“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok
sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi
wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”


Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!


Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk
orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Sabtu, 9 Januari 2010

Jumaat, 8 Januari 2010

Rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Motivasi Diri Hari Ini

Motivasi Diri Hari Ini:


1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.



11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.



14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.



15. Lakukan kerja seikhlas hati.



16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Ternyata Rokok Tidak Berbahaya

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki
oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak
berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu
nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih
jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah
ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana
saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba
ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu
salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus
kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti
menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!
Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa
saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan
takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan
kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup
mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di
seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan
si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu
gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah
si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak
sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu
dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka
keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari
mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar
dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!

Khamis, 7 Januari 2010

IKEA

NAMA JEPUN

NAMA JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja,
apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI heheh

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI